Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Cinta Kolestrol


Filem ini mengisahkan tentang satu perjanjian di antara keluarga Haji Zaini dengan keluarga Dato' Osman yang ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini dilafazkan setelah satu kejadian berlaku ketika Fazira (anak Dato' Osman) dan Ahmad Yusry (anak Haji Zaini) masih kecil. Dua puluh tahun kemudian, kedua-dua mereka meningkat dewasa. Yusry kini jejaka tampan berpendidikan tinggi serta baru pulang ke tanah air. Manakala Fazira, membesar sebagai seorang gadis yang sangat gemuk, mempunyai personaliti yang kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa. Konflik melanda apabila Yusry berasa tertekan akibat perjanjian lisan yang dilafazkan kedua-dua ibu bapa mereka suatu ketika dulu. Yusry menjadi lebih tertekan setelah mengetahui bahawa keadaan Fazira tidak seperti yang disangkakannya. Rupa paras sebenar Fazira terlalu jauh daripada imaginasinya yang langsung tidak menepati seleranya. Pada masa yang sama, Nadia muncul dan cuba menawan Yusry. Fazira pula tetap cuba mendekati Yusry, tetapi Yusry menolak cintanya. Fazira yang terlalu kecewa dengan Yusry telah menghilangkan diri sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang gadis jelita. Yusry berusaha mendampingi gadis tersebut tetapi setiap kali itulah dia gagal. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima jemputan Dato' Osman. Adakah Yusry dan Fazira bakal disatukan seperti mana perjanjian yang pernah dilafazkan antara dua keluarga, dan siapakah gadis jelita yang cuba dipikat oleh Yusry?

Or

Kembar Siang


KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.
Or
Or

Kayangan

Apabila dua dunia menemukan seorang gadis desa dan seorang putera raja, “Kayangan” bermula. Melalui satu kejadian di luar jangkaan, takdir menduga dua insan berlainan darjat dan kedudukan. Tengku Amir menerajui dunia korporat di kotaraya Kuala Lumpur (dibintangi oleh Teuku Zacky Azwar bintang sensasi Indonesia), manakala Maseira, seorang graduan yang terperangkap dengan idealismenya sendiri (dibintangi oleh bintang popular Nur Fazura Sharifuddin).

Dari kejadian yang tidak disangka, Maseira didedahkan kepada dunia metropolitan yang serba mencabar, apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Perubahan persekitaran yang begitu mendadak menyaksikan Maseira cuba menyesuaikan diri tanpa mengkompromikan pendiriannya. Walaupun bibit-bibit cinta mula menular, tetapi Tengku Amir dan Maseira terpaksa memendamkan perasaan….tetapi, kerana apa. Menjanjikan sebuah sketsa percintaan yang diuji tragedi dan kesedihan, serta adegan-adegan lucu dan menghiburkan, “Kayangan” bakal menggamit dan mengujakan imaginasi penonton. Album runut bunyi “Kayangan”, yang diterbitkan khusus buat filem ini telah diberi sentuhan komposer tersohor, Ajai, dan menjanjikan lagu-lagu yang bakal menggemparkan dunia musik tanahair. Adakah taraf kehidupan menjadi satu halangan? Atau mampukah cinta membawa ke “sana”? Terbanglah ke alam “Kayangan” bermula Ogos 2007, di pawagam-pawagam terdekat anda!
Or

Tuesday, April 12, 2011

Mukhsin

Setiap insan mesti mempunyai cerita mereka tersendiri tentang cinta pertama merekka. Cerita ini mengisahkan kisah cinta Mukhsin dan Orked apabila dia berumur 12 tahun dan Orked 10 tahun. Kali pertama mukhsin melihat Orked ialah pada masa dia bermain air hujan. Pada saat itu hatinya sudah terpaut pada Orked. Orked bukan seperti budak perempuan lain dalam kampung itu. Dia berlajar di sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Dia lebih gemar membaca dari bermain bersama rakan seumurnya. Dia dilayan seperti orang luar di dalam kampungnya. Tapi segalanya berubah apabila kehadiran Mukhsin yang baru pindah di kampung itu telah memberikan suatu erti bagi Orked untuk menghargai kehidupan dan mengenal erti cinta pada ketika itu. Persahabatan mereka menjadi lebih akrab hari demi hari. Tetapi perasaan yang terpendam lama di dalam hati Mukhsin untuk meluahkan isi hatinya sebenar pada Orked selalu ditangguh-tangguhkan. Adakah masih sempat bagi Mukhsin untuk mengungkapkan kata hati kepada Orked?
  Part 1 | Part 2 

Laila Isabella


Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa, lasak dan kasar ala tomboy bernama Laila yang gemar bermain pool dan menaiki skuter. Laila berkawan rapat dengan Azam dan Azam menaruh hati kepada Laila tanpa pengetahuannya. Laila bertugas sebagai pembantu Azam di kedai menjual VCD. Laila jugalah yang menghantar VCD yang dipesan oleh pelanggan. Kedai itu dimiliki oleh Azam, seorang graduan universiti yang tidak bergantung kepada kemewahan keluarganya. Mereka rapat tetapi kerapkali bergaduh.
 

Otai

Aiman yang sudah punyai isteri, Azura dan sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga tetapi gagal untuk mendapatkan zuriat. Aiman dan Azura mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur, jika mereka tidak mendapatkan zuriat menjelang akhir tahun, seluruh harta milik Tan Sri Mansur akan diberi kepada anak yatim. Azura membuat pemeriksaan dengan doktor, hasil pemeriksaan tersebut mendapati bahawa Azura mempunyai masalah peranakan. Azura telah membuat keputusan bahawa Azura membenarkan Aiman menikah seorang lagi atas tujuan untuk mendapatkan anak disertai dengan 17 syarat. Aiman meminta pertolongan dari kawan karibnya, Sammy untuk mencari calon untuk menjadi isteri yang kedua. Bagaimanapun semua calon ditolak oleh Azura dengan alasan terlalu cantik. Aiman kemudiannya meminta Sammy mencari Mawar, gadis yang diminatinya sebelum kahwin untuk menjadi isteri kedua. Sammy mengubah imej Mawar untuk meminta persetujuan dari Azura. Apabila Azura setuju, majlis akad nikah pun dijalankan. Semasa majlis akad nikah, kecantikkan Mawar terserlah dan Azura telah jatuh pengsan. Doktor mendapati bahawa Azura telah hamil. Kedatangan ibu Azura memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menimbukan pelbagai salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Aiman meminta pertolongan Sammy untuk mencari seorang lagi calon untuk menjadikan isterinya. Muslihat itu diketahui oleh Mawar dan Azura dan mereka menyesali atas kelakuan mereka sebelum ini dan berjanji akan berbaik dan menjaga Aiman.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Filem ini diilhamkan dari kisah ‘Lembing Awang Pulang Ke Dayang’ yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini – adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

 
Or

Damping Malam

Mengisahkan Wadi dan isterinya Ku Khalira yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama Nuraiza. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. Nuraiza pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. Nuraiza diasuh oleh ibu saudara Ku Khalira yang tinggal bersama mereka yang dipanggil Umi Siah oleh Nuraiza. Umi Siah seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. Umi Siah sangat menjaga Nuraiza kerana dia tahu keistimewaan yang Nuraiza ada. Ku Khalira sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. Ku Khalira dan Wadi selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.
Kisah bermula semasa minggu orientasi Nuraiza yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat Wadi tetapi ada sedikit kebimbangan buat Ku Khalira yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah Nuraiza. Selama ini Nuraiza tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, Hasni dan Syarifah. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu Erna dan Nadia yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. Nuraiza belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama Hasni dan Syarifah. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan Erna dan Nadia yang mahu mengenakan Nuraiza, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka Nuraiza mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. Nuraiza saja yang nampak dan ia semakin menakutkan Nuraiza sehingga membuatkan Nuraiza histeria. Bagi Erna pula itu semua lakonan dan tipu helah Nuraiza untuk tarik perhatian. Sehinggalah Erna dan Nadia sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. Wadi dan Ku Khalira dimaklumkan, mereka datang dan bawa Nuraiza pulang untuk merawatnya. Umi Siah terlalu menjaga keselamatan Nuraiza maka tegas tidak benarkan Nuraiza ke asrama semula tetapi Wadi tidak setuju. Ku Khalira sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. Nuraiza beritahu apa yang dia nampak tetapi Wadi tidak percaya. Apabila Nuraiza sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak Nuraiza ada di sana.

Apabila Nuraiza tidak ada semula di rumah, rumah Wadi tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang Nuraiza lalu, juga menganggu penghuni rumah Wadi. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat Umi Siah, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu Raja Sarah pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. Wadi mula mengesyaki juga Umi Siah sehingga ada insiden yang berlaku buatkan Wadi percaya Umi Siah mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau Umi Siah dari rumah. Umi Siah cuba terangkan keadaan sebenar tetapi Wadi tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. Uutaz Bakri ialah sahabat lama Wadi sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. Ustaz Bakri terasa unsur negatif itu di rumah Wadi dan meminta Wadi banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila Wadi yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

Thursday, February 17, 2011

Nasib Si Labu Labi



This second instalment sees the plot shift from Labu Labi themselves and more to Haji Bakhil who has just lost his wife and rediscovers love with a younger woman. Whilst the first focused on Haji Bakhil’s sheer “cruelty”, this second movie shows the humane part of him. He’s still very stingy, thus his name, Bakhil (which means ‘stingy’ in Malay) but we get entertained by his absurd antics. We also see Labu and Labi engage in their relentless tussle for the affections of Manisah who still has no idea how they both feel about her.


 Rapidshere

Ahmad Albab 1968


Mashood is a rich man who believes that happiness and wealth are the same thing, and that both are in his hands. He has three daughters: Zahara, Suhara and Mastura. Zahara and Suhara share his life philosophies, but Mastura doesn’t and frequently clashes with their father. Mashood decides to prove his beliefs by marrying off Zahara and Suhara to two young men (Muharram and Safar) from wealthy families while Mastura is married off to a poor goat-herder named Syawal.

Syawal and Mastura live a simple life together in Syawal’s village but are happy. One day, as he is herding the goats, one of them wanders away from the pack. Syawal follows it into a cave, where he sees a large chest of a treasure. A djinn appears and tells Syawal that the treasure belongs to Ahmad Albab, who is the only person who can claim it. Syawal obeys the djinn and leaves.

Elsewhere, Muharram and Safar have used up all their wives’ money and decide to steal from a jewelry store, pretending in front of their wives that their business has boomed. Using this money, they buy the goats that Syawal was herding, putting him out of a job. However Mastura has started up a small farm next to their house, and this becomes their new livelihood.

Mediafire

Seniman Bujang Lapok (1961)


The best of the Bujang Lapok’s films. A rare non-slapstick comedy that blends well the art of entertaining, picturing everyday’s life of the 60′s era (a coffee for 5 cent anyone?) and of course the magic touch of giving out moral value in such a simple way. There are really some great comedy like the trio’s first screen test, the part where the trio filming Bujang Lapok In Baghdad (esp. the cow-poo dream peak) and the chaos they encounter as they learning their script.

The dialog between Sudin and Aziz about ‘new house’was in fact a marvelous spontaneous moment – that is now scarcely (or even none) in nowadays comedy flicks. And one might realise there are messages can be deduced from such sequence of “Hoi Singh!” outside the studio or the classic neighbours nightly havoc. You can call me nuts, but whether this film is aired on TV for the um-teenth times, I would be there to chill out and have those laugh (til tears sometimes) all by myself. Well, a bujang lapok like me has nothing else to do on a lazy weekend.

Mediafire

6 Jahanam

Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua.

Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan...
 

Tiga Abdul (1964)

After the death of their father, the youngest of a family of three brothers falls out with his older brothers but has to then rescue them when the family fortune is conned from them and their family business is threatened. Along the way, the three brothers discover love and the true meaning of family and brotherhood.


Wednesday, February 16, 2011

Ali Baba Bujang Lapok


DI PEKAN Persada Marjina telah di lelong dan dia telah dibeli oleh Kassim Baba dengan harga 1001 darham. Tujuan dibelinya Marjina itu ialah untuk membantu isterinya, Aloyah, yang terlalu banyak kerja rumah terpaksa dibuatnya. Kedatangan Marjina itu telah disambut baik oleh Aloyah.

Ali Baba (adik Kassim Baba) kerana dasar pemalasnya hidup dalam kemiskinan. Dia sentiasa saja datang ke rumah Kassim Baba meminjam gandum dan pada kebiasaannya kalau pinjam satu gantang kena bayar balik dua gantang. Mahu tidak mahu terpaksa Ali Baba menyetujuinya.

Sepulangnya dari meminjam gandum dan setelah dimarahi Kassim Baba, Ali Baba pula dimarahi isterinya, Norsiah, kerana pemalas dan tidak mahu mencari kerja. Bagaimanapun, Ali Baba memberi alasan bukan pemalas tetapi tulangnya "reput". Oleh kerana tidak tertahan dengan leteran Norsiah (kerana dimarahi oleh Kassim Baba ketika pergi meminjam gandum) dan mengugut pula yang dia akan pergi mencari rezeki, barulah Ali Baba beralah. Dia pergi ke hutan mencari kayu.

Ketika sedang memotong kayu tiba-tiba Ali Baba dikejutkan dengan kedatangan 40 orang penyamun yang sedang menuju ke gua dengan membawa barangan yang mereka samun.

Apabila penyamun-penyamun tersebut keluar pergi menyamun Ali Baba masuk ke gua apabila Chif Penyamun memberi kepadanya cara-cara membuka dan menutup pintu gua setelah Ali Baba menyatakan dirinya "reporter". Dengan mengambil hanya sedikit saja harta-harta penyamun itu, Ali Baba berubah dari miskin menjadi kaya.

Kemurahan hati Ali Baba menabur wang emas kepada orang ramai disertai pula menghadiahkan wang tersebut kepada Kassim Baba, pengintip (Sarjan Penyamun) memberitahu Chif Penyamun dan dia pun membuat rancangan menyamun rumah Ali Baba.

Kassim Baba mendesak Ali Baba supaya memberitahunya bagaimana dia memperolehi wang emas yang banyak itu dan kerana kejujurannya dan tidak tamak, Ali Baba pun memberitahu tempatnya iaitu di Bukit Korma – tempat 40 penyamun menyimpan barang-barang yang mereka rompak.

Ali Baba mengajar cara-cara masuk ke dalam gua iaitu membuka pintunya, "niat nyinson mata kaji, semar nyisen", kepada Kassim Baba, tetapi belum sempat Ali Baba mengajar cara-cara menutup pintu gua, "lampong isen, semar tilem", kerana ketamakannya Kassim Baba terus pergi ke gua membawa lori besar dengan niat untuk menyapu bersih segala harta yang terdapat dalam gua tersebut.

Bagaimanapun, belum sempat Kassim Baba membawa pulang harta-harta tersebut, Chif Penyamun dengan penyamun-penyamunnya pulang setelah berpesta merayakan "public holiday", Kassim Baba terperangkap dan ditangkap. Disebabkan Kassim Baba menyamun harta penyamun dia telah diadili, dan kemudian didapati bersalah dan dihukum kepalanya di pancung.

Bila Kassim Baba tidak pulang-pulang (atas desakan Aloyah), Ali Baba pergi ke gua di mana dia telah bertemu dengan mayat Kassim Baba dengan anggota badannya bercerai dan kemudian dibawanya pulang. Ali Baba menyuruh Apek Tukang Kasut menjahitnya sebelum dikebumikan.

Oleh kerana mayat Kassim Baba sudah hilang dari gua, Chif Penyamun telah mengarahkan Sarjan Penyamun pergi ke Baghdad mencari rumah Kassim Baba dan bila berjumpa hendaklah dibuat tanda pangkah. Melalui Apek Tukang Kasut, Sarjan Penyamun berjaya menemui rumah Kassim Baba lalu ditandanya pangkah di pintu rumah tersebut.

Tanda pangkah tersebut disedari oleh Marjina dan kerana meraguinya Marjina memadamkan pangkah tersebut dan dipangkahnya pula pintu tandas Apek Tukang Kasut. Bila serbuan dibuat bukan rumah Kassim Baba yang diserang tetapi tandas Apek Tukang Kasut yang menjadi mangsa dan akibatnya kesemua penyamun-penyamun terpalit dengan najis.

Kegagalan Sarjan Penyamun menyebabkan dia dihukum dan untuk tugas selanjutnya Chif Penyamun mengarahkan pula Tarosan pergi membuat intipan dan membuat pangkah jika bertemu dengan rumah Kassim Baba. Tarosan berjaya menemui rumah Kassim Baba lalu di pangkah di pintunya.

Bagaimanapun, bila didapati ada tanda pangkah di pintu rumah Kassim Baba, dengan kebijaksanaannya Marjina memangkah pula setiap pintu rumah yang ada di lorong Kota Baghdad itu. Apabila serbuan dibuat, Chif Penyamun dan orang-orangnya terkeliru dan sekali lagi penyamun-penyamun itu tertipu dan gagal.

Disebabkan dua kegagalan itu Chif Penyamun mengambil keputusan menyiasat sendiri dengan menyamar sebagai Saudagar Bermacam Minyak manakala penyamun-penyamun lain bersembunyi dalam takar minyak yang dibawa bersamanya. Mereka merancang merompak rumah Ali Baba tepat jam 12.00 tengah malam.

Kerana ketulusan hatinya, Ali Baba membenarkan Chif Penyamun bermalam serta membenarkan takar-takar minyak diletakkan di belakang rumahnya. Bagaimanapun Marjina, Aloyah dan Norsiah mendapat tahu orang yang bersama Ali Baba itu bukanlah Saudagar Bermacam Minyak tetapi Chif Penyamun yang bertujuan merompak dan seterusnya membunuh Ali Baba.

Kerana menyedari yang takar-takar minyak itu sebenarnya diisi dengan penyamun-penyamun Marjina, Aloyah dan Norsiah pun memasak minyak dan apabila panas lalu mereka siram ke dalam takar-takar tersebut yang mana menyebabkan kesemuanya terbunuh.

Apabila selesai tugas menyiram minyak panas itu, Marjina pula meluru ke arah Chif Penyamun lalu menikamnya dengan pisau iaitu sebelum dia sempat membunuh Ali Baba. Ali Baba marah kerana perbuatan Marjina itu, tetapi apabila dibuktikannya yang Chif Penyamun dan penyamun-penyamun yang lain berniat merompak dan membunuhnya barulah Ali Baba mengetahui keadaan sebenarnya.

Disebabkan Marjina sudah menyelamatkannya, Ali Baba pun membebaskan Marjina tidak lagi menjadi hamba. Kata Marjina selepas pembebasan itu: "Alhamdulillah syukur nikmat".


 Mediafire

Laksamana Do Re Mi

Laksamana Do Re Mi ini adalah kesinambungan dari filem Do Re Mi dan Nasib Do re mi. Ianya mengisahkan tiga sahabat iaitu Do Re Mi yang mendapat anugerah kesaktian daripada Puteri Buluh Betung yang mereka selamatkan. Do menerima segulung tikar terbang yang boleh terbang kemana-mana destinasi, Re mendapat sebuah teropong ajaib yang boleh melihat apa sahaja yang di hajati dan Mi pula mendapat bangsi hikmat yang membolehkan apa sahaja yang di hajati tiup sahaja bangsi tersebut pasti akan tercapai. Dengan hikmat-hikmat mereka ini, mereka membantu sebuah kerajaan yang di dalam kekacauan oleh orang jahat iaitu Pasola. Pelbagai aksi lucu dapat di lihat ketika mereka cuba membantu kerajaan tersebut. Dapatkah mereka ini membantu kerajaan tersebut?


 Rapidshare

P.Ramlee Madu Tiga (1964)


Sebuah kisah komedi yang menceritakan tentang helah seorang lelakidalam usaha nya untuk beristeri tiga. Jalan cerita menjadi lebih menarik apabila niat nya itu disokong oleh bapak mertua isteri pertamanya. Ikutilah cerita seterusnya… selamat berhibur…




Mediafire
Film 5

Pas: jiwang.tv