Wednesday, April 13, 2011

Kayangan

Apabila dua dunia menemukan seorang gadis desa dan seorang putera raja, “Kayangan” bermula. Melalui satu kejadian di luar jangkaan, takdir menduga dua insan berlainan darjat dan kedudukan. Tengku Amir menerajui dunia korporat di kotaraya Kuala Lumpur (dibintangi oleh Teuku Zacky Azwar bintang sensasi Indonesia), manakala Maseira, seorang graduan yang terperangkap dengan idealismenya sendiri (dibintangi oleh bintang popular Nur Fazura Sharifuddin).

Dari kejadian yang tidak disangka, Maseira didedahkan kepada dunia metropolitan yang serba mencabar, apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Perubahan persekitaran yang begitu mendadak menyaksikan Maseira cuba menyesuaikan diri tanpa mengkompromikan pendiriannya. Walaupun bibit-bibit cinta mula menular, tetapi Tengku Amir dan Maseira terpaksa memendamkan perasaan….tetapi, kerana apa. Menjanjikan sebuah sketsa percintaan yang diuji tragedi dan kesedihan, serta adegan-adegan lucu dan menghiburkan, “Kayangan” bakal menggamit dan mengujakan imaginasi penonton. Album runut bunyi “Kayangan”, yang diterbitkan khusus buat filem ini telah diberi sentuhan komposer tersohor, Ajai, dan menjanjikan lagu-lagu yang bakal menggemparkan dunia musik tanahair. Adakah taraf kehidupan menjadi satu halangan? Atau mampukah cinta membawa ke “sana”? Terbanglah ke alam “Kayangan” bermula Ogos 2007, di pawagam-pawagam terdekat anda!
Or

No comments:

Post a Comment