Wednesday, February 16, 2011

Duyung


Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix specis apeman- “big foot”. Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan,jimmy menaruh hati terhadap Aspalela anak kepada tok mudim kampung begitu juga Aspalela.

Pada suatu hari,jimmy kerumah tok mudim untuk meminang aspalela tetapi di tentang habis-habisan sehingga tok mudim macabar jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan,dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas jimmy mempunyai tanahnya sendiri wak pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling Berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan aspalela. Kordi juga benci akan jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan jimmy menghalau jimmy dan menyuruh berkahwin dengan ikan duyung sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.
Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatanya. Akhirnya jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.

Apakah yang akan terjadi kepada ikan duyung tersebut?Adakah jimmy dapat menyelamatkan?segala persoalan akan Tarjawab selepas anda melihat filem duyung.

Indowebster

No comments:

Post a Comment